Sunday, July 11, 2010

Germany 3 - 2 Uruguay

Germany berjaya mengekalkan kedudukan tempat ketiga yang dicapai diperingkat akhir 4 tahun lalu di Germany dengan kejayaan menewaskan Uruguay 3-2 dalam pertembungan yang dipenuhi aksi pantas semalam yang diselang seli dengan cuaca hujan.

Menariknya, Germany melakukan beberapa pertukaran dengan mengeluarkan beberapa pemain utama, antaranya Manuel Neuer, Phillip Lahm, Lukas Podolski & Miroslav Klose. Berikut merupakan barisan pemain Gemany dalam perlawanan semalam.

Beberapa pertukaran taktikal dilakukan dimana Boateng menggantikan Lahm disebelah kanan dan Aogo tampil untuk kali pertama dalam edisi kali ini menggantikan posisi Boateng, manakala Cacau mengambil tugas sebagai penggempur utama, namun agak mengecewakan persembahannya dan digantikan oleh Kiessling di babak akhir. Manakala defender pantas Germany mengambil posisi Podolski di sebagai penyerang disebelah kiri. Manakala tugas CAPTAIN diserahkan kepada Bastian Schweinsteiger.

Muller 18'
Gerakan dari tengah padang yang diterajui CAPTAIN - Schweinsteiger dan Khedira berjaya membuahkan hasil selepas bertukar serangan denga Uruguay. Rembatan jarak jauh Schweinsteiger dari jarak 35m muntah dari dakapan penjaga gol Muslera, Muller yang berada pada posisi onside terus merembat rembatan kencang untuk gol ke 5 dalam Piala Dunia pertama buat dirinya. Gol tersebut meletakkanya berkongsi senarai penjaring terbanyak bersama Sneijder dan Villa.

Cavani 27'
Kawalan kurang kemas daripada CAPTAIN Germany membolehkan pemain Uruguay (Perez) merampas kawalan bola darinya, Suarez melorongkan bola kepada Cavani yang tidak dikawal dan merembat melepasi penjaga gol simpanan Hans Jorg Butt. Kedudukan 1-1 kekal hingga separuh masa petama tamat.

Forlan 50'
Selepas lima minit separuh masa kedua, Uruguay terus mengasak untuk mendapatkan gol pendahuluan bertemu pasukan kedua Germany. Hasil satu serangan pantas, Arevalo berjaya membuat hantaran kepada Forlan dan Forlan menyepak bola dan melantun ke dalam gol Germany ketika Hans Jorg Butt hanya terkaku melihat sepakan tersebut. Gol tersebut juga meletakkan Forlan menjaringkan 5 gol untuk edisi kali ini.

Jansen 55'
Cubaan demi cubaan dilakukan Germany akhirnya membuahkan hasil apabila Jerome Boateng yang melakukan hantaran lintang dari sebelah kanan (menggantikan posisi Lahm), ditanduk kemas Marcell Jansen ketika Muslera dan pertahanan Uruguay bertembung sesama sendiri. Kesilapan mudah oleh Muslera untuk kedudukan terikat 2-2.

Khedira 82'
Menuju 10 minit terakhir perlawanan, Germany melancarkan serangan bertalu-talu melalui kombinasi Muller, Oezil dan Khedira, Berpunca dari satu sepakan penjuru, keadaan kelam kabut dihadapan pintu gol Uruguay dengan beberapa pemain cuba menanduk bola, namun tandukan Khedira berjaya menerjah gawang untuk Germany mendahului 3-2. Perlawanan semakin rancak sehingga ke minit akhir perlawanan apabila Uruguay dihadiahkan sepakan percuma dihadapan kotak penalti. Sepakan Forlan sekadar menggegar palang dan menutup perlawanan dengan kemenangan kepada Germany! Congratulation to the young side!

Fakta : Loew (Jurulatih), Klose, Podolski, Lahm dan Tim Wiese tidak diturunkan kerana mengalami selsema!

0 comments:

0 comments on "Germany 3 - 2 Uruguay"