Monday, June 14, 2010

GERMANY 4 - 0 AUSTRALIA

Persembahan bertenaga daripada barisan muda Loew untuk membenam cabaran Australia dengan 4 gol tanpa balas.

Podolski 8' - Ozil
Germany membuka pesta jaringan menerusi rembatan kencang Lukas Podolski yang hanya mampu ditepis oleh Mark Shwarzer pada minit kelapan. Hantaran cantik daripada Ozil (antara muka baru Germany) memberi peluang untuk Podolski yang tidak dikawal merembat kencang.

Klose 26' - Lahm
Siapa yang tidak ingat kepada Miroslav Klose, penjaring 3 gol menerusi tandukan ketika menewaskan Arab Saudi 8-0 di Piala Dunia 2002 di Korea & Jepun. Hampir menyamai jaringan lagenda Germany Gerd Muller, Tandukan Klose menerusi hantaran lambung ketua pasukan Phillip Lahm menerjah gawang Australia untuk gol kedua Germany

Muller 67'
Ketika Australia bermain denga 10 pemain kerana Tim Cahill dikenakan kad merah, seorang lagi pemain muda Germany iaitu Thomas Muller menunjukkan kelincahan dengan menewaskawn penjaga gawang Australia Mark Shwarzer untuk kali ketiga, bola sepakannya mengenai tiang sebelah dalam sebelum melepasi garis gol pada minit ke 67.

Cacau 70' - Ozil
Cacau dimasukkan pada minit ke 69 dan menjaringkan gol keempat melalui hantaran daripada Ozil sekaligus melengkapan kemenangan Germany pada perlawanan pembukaan menentang Australia.

2 comments:

a.n AMIN said...

sepatut nye 3-1 je.. offside dgn penalti x kira, x aci tul.. hahaha..

Ahmad Izzuddin Udm said...

salah fakta tu... Klose offside, tapi dia xgerak dari posisi dia, so x dikira offside la...

2 comments on "GERMANY 4 - 0 AUSTRALIA"