Sunday, July 4, 2010

Germany 4 - 0 Argentina

Keputusan yang amat tidak dijangka oleh kedua-dua penyokong pasukan! Satu lagi kemenangan bergaya pasukan muda Germany di Piala Dunia 2010. Kemenangan 4 gol tanpa balas keatas Argentina amat memalukan untuk negara Amerika Selatan itu. Terima kasih kepada jaringan dua gol jaringan klose dan satu daripada Muller dan Friedrich.

Muller 3'
Pesta jaringan Germany bermula seawal minit ketiga apabila sepakan percuma Schweinsteiger kedalam kotak penalti ditanduk kemas Thomas Muller untuk gol pembukaan Germany dan keempat keseluruhan untuk Muller dalam kejohanan Piala Dunia kali ini. Masih berpeluang merebut anugerah Kasut emas. Ketinggalan 1 gol dibelakang Villa (Spain), sayangnya Muller tidak dapat bermain pada separuh akhir kerana menerima kad kuning kedua dan digantung satu perlawanan.

Klose 68'
Klose meraikan penampilan ke 100 bersama pasukan kebangsaan Germany dengan menjaringkan gol ke 51 untuk dirinya. Jaringan yang meletakkannya bersaing sebagai pemenang kasut emas tahun ini dan juga menyaingi penjaring terbanyak keseluruhan piala dunia. Podolski yang berjaya lolos jauh kedalam kotak penalti Argentina membuat hantaran kepada Klose yang tidak dikawal untuk mudah menolak masuk ke dalam pintu gol yang ternganga.

Friedrich 74'
Persembahan menarik daripada Schweinsteiger sekali lagi membunuh barisan pertahanan Argentina apabila menggelecek pertahanan lawan dan penjaga gol sebelum membuat hantaran dan mudah disempurnakan pemain berjersi no 3 iaitu Arne Friedrich untuk gol ketiga Germany.

Klose 88'
Serangan balas yang dilancarkan oleh Germany sekali lagi berjaya menghukum barisan pertahanan lawan. Selepas England, Argentina turut menjadi mangsa serangan balas pantas Germany. Podolski, Ozil dan Klose merencanakan dengan mudah untuk kemenangan bergaya keatas musuh tradisi. Gol ke 12 dalam 3 kejohanan Piala Dunia yang disertainya. Hampir menyamai rekod Just Fontaine.

Wait For Us SPAIN!

0 comments:

0 comments on "Germany 4 - 0 Argentina"